Sepanjang separuh tahun 2022 ini, Alpha Malaysia telah menjalankan dua Pengalaman Kursus Pernikahan 2022. Kursus ini diketuai oleh Pastor Martin Ebik dan Elyn Martin yang melayani dalam konteks Bahasa Malaysia di Alpha Malaysia.
Kursus yang pertama dijalankan pada 11 April sehingga 23 Mei. Sepanjang kursus ini, kami amat bersyukur kerana terdapat 18 pasangan dari 11 gereja yang menyertai. Selain daripada itu, kursus yang kedua telah dijalankan pada 18 Julai sehingga 29 Ogos dan 10 pasangan dari 10 gereja telah menyertainya.
Semasa kursus-kursus, terdapat salah satu pasangan yang berkongsi tentang kesaksian mereka:
“Perkongsian daripada Nicky dan Sila memberikan didikan bermakna bagi kami. Pada malam episod pertama, isteri saya memberikan sebuah ungkapan yang benar benar mengejutkan hati saya. Tetapi pada malam itu juga, saya dapat berkongsi dan dapat mendengar dia dengan baik dia berbicara. Dan akhirnya apa yang dikongsikan di dalam hati dia, dia keluarkan dan dia merasakan segala beban yang sudah lama dia simpan dilepaskan. Saya bersyukur melalui kursus ini, saya dapat belajar mendengar isteri saya dengan lebih berkesan.
Cinta itu harus dipupuk atau dibina. Dia tidak harus dibiarkan begitu ia akan mati kalau tidak dipupuk atau dibina.”
Kami amat bersyukur kerana dapat peluang ini untuk menjalankan kursus pernikahan ini.