Pelancaran Alpha Youth Series Iban

Pada 24 dan 25 Jun 2022, Alpha Malaysia telah mengadakan Pelancaran Alpha Youth Series Iban di gereja St. Faith, Kuching. Kita amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melancarkan produk yang baru ini kepada 115 peserta dari 30 gereja dan organisasi di Kuching.

Sepanjang dua hari ini, Tabitha Ujang bersama bersama pasukan dia dari Gereja Christ Baptist, telah memimpin kita di dalam pujian dan penyembahan. Pada hari pertama, kita melancarkan Alpha Youth Series Iban dan para peserta dapat mengalami sebuah sesi Alpha. Semasa menonton episod pertama, para peserta juga dapat peluang untuk berbincang soalan-soalan yang terdapat di dalam episod di kumpulan kecil mereka.

Sebelum hari pertama tamat, kita dapat mendengar kesaksian daripada Guinevere Aring Pakar and Gwen Stefanie. Mereka berkongsi dengan kami tentang pengalaman mereka semasa menjalani Alpha dan Gwen Stefanie juga bercerita tentang cabaran dalam hidupnya dan cara Alpha membantunya mengatasi cabaran tersebut.

Pada hari kedua, para peserta dilatih bagaimana untuk menjalankan sebuah sesi Alpha dan juga memimpin kumpulan kecil.. Mereka juga diberi peluang untuk belajar tentang proses pendaftaran kursus Alpha dan merancang bila mereka ingin menjalankannya.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang menghadiri pelancaran ini dan kita berharap Alpha Youth Series Iban akan memberi impak yang amat luar biasa untuk kerajaan Tuhan.

Jika anda ingin memuat turun slaid pembentangan kedua-dua hari, klik di sini.

Skip to content