FAQ

Siapakah yang harus mengikuti konferensi ini?

Konferensi ini adalah untuk muda-mudi Gen Z, pemimpin-pemimpin dan gembala-gembala muda-mudi, gembala-gembala senior, penetua-penetua, guru-guru, dan sesiapa yang mempunyai hati untuk anak muda serta ingin mencetus keinginan anak muda untuk melayani!

Apakah yang berbeza mengenai konferensi ini?

Persidangan ini dirancang khas untuk orang Sarawak! Dari sesi-sesi hingga bengkel-bengkel praktikal yang diterjemahkan khas untuk Sarawak, datanglah dengan penuh harapan untuk belajar, meresap, dan mengaplikasikan!

Apakah yang diliputi dalam yuran pendaftaran?

1. Yuran kemasukan
2. Makan malam (hari pertama) dan makan tengahari (hari kedua)
3. x1 pek peserta konferensi

Tolong! Saya tidak dapat meneruskan pembayaran.

Sila hantar emel kepada kami di [email protected] untuk sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran.

Saya mempunyai sekumpulan orang yang ingin mengikuti konferensi ini, adakah pendaftaran kumpulan tersedia?

Untuk pengalaman persidangan yang luar biasa dan disesuaikan, kami galakkan pendaftaran individu! Ini membolehkan kami menyelaraskan komunikasi pra-acara dan sumber kepada setiap peserta, memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada masa anda bersama kami. Walaupun pendaftaran berkumpulan tidak tersedia, proses pendaftaran individu adalah cepat dan mudah!

Bolehkah anak-anak saya yang di bawah umur 12 tahun mengikuti konferensi ini?

Kami tidak mempunyai program kanak-kanak di persidangan ini. Oleh itu, anak anda (berumur 12 tahun dan ke bawah) perlu berada bersama anda sepanjang masa. Kami tidak menyediakan makanan untuk anak anda. Mana-mana individu yang berumur 13 tahun ke atas akan memerlukan tiket untuk masuk ke dewan.

Adakah sebarang terjemahan disediakan semasa persidangan?

Keseluruhan persidangan akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan terjemahan tidak disediakan.

Saya telah membuat kesilapan semasa pembayaran. Apakah yang harus saya lakukan?

Sila emel kami di [email protected] dan kami akan menolong anda secepat mungkin. 

Skip to content