
Pasukan Penyelidikan Alpha Malaysia mempunyai visi untuk memberkati gereja dengan berkongsi pandangan daripada tokoh kepimpinan yang berwibawa serta pemimpin gereja tempatan. Kajian kami juga disokong oleh data penyelidikan tempatan. Harapan kami adalah agar para pemimpin gereja dapat mengemudi pelayanan dalam perubahan tren dan musim.
Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 di Malaysia, bagaimanakah gereja menyesuaikan diri atas talian? Adakah perkongsian iman masih relevan? Bagaimana gereja dapat terus menjangkau?
Iman dalam Dunia Digital mengkaji bagaimana orang Kristian di Malaysia khususnya dari gereja Bahasa Malaysia (BM) terlibat secara digital dalam perkongsian iman dan pemuridan. Dalam konteks ini, anda akan dapati:
- Data dan ringkasan infografik mengenai perbezaan tingkah laku orang-orang di gereja.
- Perbincangan mengenai tingkah laku yang ditonjolkan oleh pelbagai orang dalam lingkungan gereja.
- Pandangan dari Pastor Wagner Daniel, Reverend Rodriguez Unak, Encik Boniface Manggie, Dr Hera Lukman, Pastor Eddy Marson, Reverend Nicky Gumbel dan Penatua Ann Wan Kuan dalam menjelaskan dan mentafsirkan maklumat ini bagi orang Kristian dan gereja mereka.
- Infografik, carta dan visualisasi data lain.
Laporan ini juga merangkumi bahagian refleksi dengan soalan perbincangan untuk membantu anda menerapkan pandangan dalam pelayanan anda sendiri. Kami harap laporan ini dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang iman dalam dunia digital.
Laporan ini telah diterbitkan pada 9 Oktober 2021.
Dari Konferensi Komuniti Digital
Di dalam video ini, Abraham Tan, penyelaras pasukan Alpha untuk Belia dan Kampus di Alpha Malaysia berkongsi tentang lima pemerhatian teratas kajian dari kajian Iman dalam Dunia Digital.
Selepas itu, Pastor Eddy Marson dan Pastor Martin meneruskan dengan berkongsi perspektif mereka dan penerapan-penerapan yang boleh diambil dari kajian tersebut berdasarkan pengalaman mereka memimpin gereja melalui pandemik ini.
Video ini telah ditayangkan pada Konferensi Komuniti Digital pada 9 Oktober 2021.
Berhubung dengan kami
Adakah tema-tema ini relevan kepada gereja anda? Pemerhatian mana yang benar untuk anda?
Kongsikan pendapat anda dengan kami atau sebarang persoalan mengenai kajian kami di [email protected]