Siri Alpha Belia Baharu

Satu cara baharu untuk para belia menerokai iman, kehidupan dan makna.

Siri baharu ini memberi para belia cara baharu untuk meneroka persoalan besar dalam kehidupan. Dihasilkan untuk generasi ini, siri baharu ini menerokai secara kreatif persoalan-persoalan sebenar yang ada pada golongan belia. Siri ini, terdiri daripada 10 episod, berlangsung selama 8 minggu, akan memperkenalkan dan meneroka idea-idea teras kepercayaan Kristian, dengan cara yang relevan dan menarik.

SIRI BAHARU AKAN DATANG TAHUN 2024.

DAFTAR UNTUK MENJADI ORANG PERTAMA YANG TAHU

APAKAH YANG BAHARU?

10 episod berjalan dalam tempoh 8 minggu


Episod baharu yang lebih pendek kurang daripada 20 minit


Diciptakan oleh belia untuk belia


8 hos antarabangsa Gen Z yang baharu


Pakar-pakar, kesaksian dan wawancara baharu


Animasi dan gaya visual baharu


Terjemahan dalam 55 bahasa

Temui hos

Xenia James
Xenia yang menetap di UK ialah seorang pencipta kandungan untuk “The Way UK” dan beliau belajar sejarah antarabangsa di universiti. Dia bersemangat tentang kepercayaannya dan sentiasa mengambil peluang untuk berkongsi kasih Tuhan dengan orang di sekelilingnya. Yakin, tetapi dengan sifat rendah hati tentang dirinya, orang muda tertarik kepada Xenia kerana dia seorang pemimpin yang natural. Dia sangat berminat dengan budaya Caribbean.
Rocco Pound
Bertenaga dan ceria, Rocco dibesarkan di British Columbia dan suka berada di luar rumah pada waktu siang dan bermain permainan komputer pada waktu malam. Rocco bersemangat, mengambil inisiatif dan suka memberi – jelas dalam dinamik kumpulan, di mana dia melayani orang lain terlebih dahulu. Rocco ialah penyelaras belia di Village Church dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pelayanan belia dan pengajian Alkitab di Pacific Life Bible College.
Micah Walker
Micah Walker ialah seorang artis dan pencerita, yang mempunyai minat untuk merakam detik-detik istimewa melalui filem dan fotografi. Sebelum ini beliau bekerja sebagai penolong pengarah dan perancang acara untuk Youth Alive Western Australia. Micah ialah pencipta kandungan yang mahir, pembuat barang kemas yang beretika dan mengambil kopinya dengan serius!
Johnny Brown
Johnny Brown adalah rakan kepada semua, sentiasa bersedia dengan kata-kata yang baik. Peminat sukan ini ialah seorang pastor belia di Life Church di Midwest City, Oklahoma. Johnny mempunyai semangat yang tulen untuk menyokong orang yang lebih muda, dengan cara yang sama dia diberikan sokongan itu ketika dia memerlukannya. Johnny membesar dengan mengagumi wira sukan seperti Lebron James dan dia bermain sebagai penjaga garisan pertahanan untuk sekolah menengah Booker T Washington di Tulsa.
Maria Gilroy
Maria dari Australia ialah seorang penjelajah yang santai dan gemar mengembara. Selepas abangnya menyertai kumpulan belia Katolik, rasa ingin tahu mendorongnya untuk menerokai kepercayaan juga. Perjalanan ini telah membantunya berhubung secara peribadi dengan Yesus. Selepas mempelajari jurusan pengurusan acara, Maria meneruskan minatnya terhadap seni. Dia seorang artis berbakat dan bekerja sebagai pentadbir akademik di Kolej Excelsia di Sydney.
Danielle Remulta
Danielle tinggal di Brisbane dan merupakan seorang penghibur bebas, seorang major teater muzikal dan penyampai televisyen. Dia lulus dengan ijazah dalam teater muzik dari Konservatorium Queensland Universiti Griffith dan dia meneruskannya dengan menjadi hos program kanak-kanak di Saluran 9 di Australia. Danielle bersemangat untuk menyanyi di gereja, di mana dia melayani sebagai pemimpin sesi pujian.
Isaac Smith
Isaac dibesarkan sebagai anak pastor di Australia, dengan keperluan untuk mencari identitinya sendiri. Pada usia 15 tahun, dia melawat sebuah rumah anak yatim di China semasa misi. Lagu harian anak-anak yatim tentang menjadi permata di mata Tuhan mengingatkannya bahawa identitinya adalah menjadi anak Tuhan. Hari ini, Isaac melayani di pasukan Alpha Youth Australia Dia suka bersukan dan mengambil berat tentang keabadian anak muda.
Jesse Fellingham
Jesse tinggal di London, dia tenang dan jelas, dengan kehadirannya dirasai di mana-mana saja dia berada. Dia berasa selesa bercakap dengan mana-mana kumpulan umur dan suka menginjil – anda akan mendapati dia menghampiri orang yang tidak dikenali dan bertanya kepada mereka soalan yang berkaitan dengan kehidupan, iman, dan Tuhan di “The Way UK”. Jesse berhasrat untuk menjadi teladan yang baik kepada golongan muda di sekelilingnya.

BERTEMU DENGAN PENCIPTA

Alpha International bekerjasama dengan Signal Flare untuk penciptaan siri baharu ini. Signal Flare ialah syarikat produksi yang memenangi anugerah, menghasilkan kandungan untuk HBO, Netflix dan banyak lagi. Hati mereka adalah untuk membawa cahaya ke tempat-tempat gelap melalui penceritaan yang inovatif, memberi kesan dan bermakna.


Steve Chao

Pengarah



Dan Blythe

Penerbit Eksekutif



Sean Jesudasan

Penerbit Siri



Ayotunde Afolabi

Penerbit Siri


Soalan Lazim

BILAKAH SIRI ALPHA BELIA BAHARU DILANCARKAN?

Siri baharu akan dilancarkan dalam Bahasa Inggeris dan beberapa pilihan bahasa pada Q4 2024. Versi yang dikontekskan dan terjemahan tambahan akan tersedia dari 2025 dan seterusnya.

APAKAH BAHASA-BAHASA YANG AKAN ADA UNTUK SIRI ALPHA BELIA BAHARU?

Siri Alpha Belia baharu akan tersedia dalam bahasa Inggeris serta 55 bahasa. Versi kontekstual produk Bahasa Inggeris juga akan tersedia.

KEKAL BERHUBUNG

LANGGANANI SURAT BERITA
Skip to content