Konferensi Komuniti Digital 2021

Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-ku. Baptislah mereka dengan nama bapa, anak dan roh kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.

Mat 28:19-20

Pada 8 dan 9 Oktober 2021, Alpha Malaysia dan Komuniti Digital telah mengadakan Konferensi Komuniti Digital. Kita amat bersyukur kepada Tuhan kerana  terdapat 635 peserta dari 180 gereja di seluruh Malaysia menyertai konferensi ini.

Sepanjang dua hari konferensi ini, WorshipKolektif dan BEM Bandar Bintulu telah memimpin kita di dalam pujian dan penyembahan. Tambahan pula, kita dapat mendengar daripada beberapa akar umbi, pemimpin gereja dan pemimpin industri tentang pengalaman dan perspektif mereka untuk menghidupkan semula iman melalui teknologi.

Kami juga telah melancarkan laporan penyelidikan yang betajuk ‘Iman dalam Dunia Digital’ melalui konferensi ini, di mana kita dapat melihat aspek-aspek penyelidikan atas penginjilan dalam kalangan orang muda-mudi di kawasan pedalaman, pinggir bandar dan bandar untuk gereja-gereja Bahasa di Malaysia sila klik di sini untuk mendapatkan laporan penyelidikan tersebut.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta, pembicara dan pasukan sukarelawan yang telah terlibat di dalam konferensi ini. Tanpa anda semua, konferensi ini tidak dapat terjadi.

Tonton sorotan di bawah untuk menghidupkan kembali detik-detik terbaik dari konferensi ini.

Jika anda ingin menonton sesi-sesi dari konferensi, sila klik di sini.

Skip to content