APA ITU RUN ALPHA BM'17?

Run Alpha BM'17 adalah konferensi di mana anda akan dilatih dan dilengkap untuk menjalankan Alpha dengan cara baru, segar dan imaginatif untuk konteks anda. Konferensi ini sesuai untuk mereka yang bersemangat untuk memberitakan khabar baik Yesus. Konferensi ini akan memberi anda peluang untuk mengenali segala tentang Alpha dengan lebih mendalam. Konferesi ini mengandungi konteks berbeza:

ALPHA UNTUK GEREJA

Alpha adalah alat penginjilan yang direka untuk menjemput keluarga, kawan dan rakan sekerja ke dalam perbualan juju dan terbuka mengenai kehidupan, keimanan dan Tuhan. Alpha untuk Gereja berlangsung selama 11 minggu. Di Malaysia, Alpha dijalankan di gereja, kedai kopi, kelompok sel, rumah panjang dan di merata tempat.

ALPHA UNTUK BELIA DAN KAMPUS

Pemberitaan berita baik Yesus tidak perlu keko lagi dengan pelancaran Alpha Youth Film Series (AYFS) di Malaysia. Kami melihat ramai orang muda (13 - 22 tahun) yang mula berani menginjil dengannya. Alpha untuk Belia dan Kampus berlangsung selama 8 - 10 minggu. Datanglah untuk mendapat inspirasi dan pelengkapan untuk mengongsikan berita baik Yesus dengan generasi muda ini menggunakan Alpha. 

 

KURSUS PERKAHWINAN

Kursus Perkahwinan merupakan satu siri tujuh sesi yang direka bentuk untuk membantu mana-mana pasangan suami isteri untuk memperkukuhkan hubungan mereka tidak kira jika mereka telah bersama satu tahun ataupun 61 tahun, kukuh ataupun bergelut dalam perkahwinan mereka. Kursus perkahwinan ini adalah berdasakan prinsip agama Kristian dan direka bentuk untuk semua orang tidak kira agama. 

 

BUTIR-BUTIR KONFERENSI

 

TARIKH & PROGRAM