SINAR 2016

SINAR 2016

SINAR telah kembali!

Pada November 25-26, kami telah mengadakan Konferensi Alpha Belia & Kampus, SINAR di Parish of St. Michael's & All Angels, Sandakan. Lebih daripada 200 pemuda-pemudi dari 25 gereja di Sabah dan Sarawak datang menghadiri konferensi ini.

Konferensi ini diadakan dengan tujuan mendorong dan menglengkapi pemuda-pemudi untuk menjalani gaya hidup undangan melalui Alpha. Memandangkan tahun ini kali kedua kami mengadakan SINAR, satu aliran baru telah ditambahkan bagi sesiapa yang berpengalaman menjalankan Alpha.

Kami sungguh berbesar hati dengan kehadiran Bishop Julius Dusin Gitom yang telah membuat doa pembukaan untuk konferensi ini. Kami juga sangat teruja dengan kehadiran Petrus Lasong dari BEM On The Rock sebagai penceramah untuk sesi "Membangunkan Pemimpin Muda".

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari konferensi tersebut, termasuk sesi-sesi tentang cara melaksanakan Alpha, cara terbaik menjalankan Alpha dari satu sama lain, permainan hebat, flashmob, menonton episod Alpha Youth Film Series dan sesi temu ramah dengan Wini Heron, Lucy Lee dan Archdeacon Yong Thiam Choy.

Acara yang paling popular semasa konferensi tersebut merupakan "Rancangan Coconut dan Banana" yang diacarakan oleh Paul dan Aaron dari Pasukan Alpha Belia dan Kampus. Para peserta amat teruja dengan permainan-permainan seperti Tiup Cawan, Teka-Teki Teka-Teko dan Melodi dalam rancangan tersebut.

Konferensi ini ditutup dengan sesi "Diberi Kuasa" di mana para peserta diberi dorongan, didoakan dan diberkati agar memiliki keberanian dan kekuatan untuk menjalani hidup mereka dengan apa yang telah dipelajari sepanjang dua hari ini.

Kami berharap acara tersebut telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada pemuda-pemudi untuk hidup bagi Yesus dan memperkenalkan kasih sayangNya kepada generasi mereka.

Want to find an Alpha near you

Try Alpha

Find out more about Alpha

Learn more