2015 Kaji Selidik Nasional Alpha

Pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin yang dikasihi,

Shalom daripada Alpha Malaysia.

27 juta orang telah menghadiri Alpha pada tahun lepas.

Melalui Alpha, kami amat teruja kerana dapat memainkan peranan dalam melihat transformasi kehidupan orang ramai dengan kuasa Tuhan melalui Injil. Kami sangat bertuah kerana dapat memainkan peranan dalam Amanat Agung dan kami wujud untuk menyokong gereja dan berkhidmat untuk pastor-pastor dan pemimpin-pemimpin dalam mempercepatkan penginjilan.

Kaji Selidik Nasional

Kaji selidik ini akan memberikan maklumat yang dapat membantu kami berkhidmat dan menyokong ketua-ketua Alpha dan Kursus Perkahwinan (Relationship Central) dalam gereja-gereja tempatan. Soalan yang ditanya berkaitan dengan maklumat asas tentang pemimpin Alpha, gereja, statistik Alpha, Kursus Perkahwinan (Relationship Central), serta demografi pemimpin dan peserta. Projek ini adalah antara inisiatif-inisiatif lain yang kami akan lancarkan pada tahun 2016, termasuk Kajian Impak Global Alpha, Kempen Global Alpha dan program-program baru. Kami ingin berhubung dan menjemput anda sekali.

Proses

Ini ialah satu kajian berstruktur untuk memperolehi statistik asas mengenai Alpha dan Kursus-kursus Perkhawinan dan Keibubapaan. Anda boleh lengkapkan kaji selidik ini dengan tiga (3) cara berbeza:

1. Hantar jawapan kamu melalui pautan kaji selidik yang disenaraikan di bawah emel ini.

2. Muat turun salinan kaji selidik ini, isi dan kembalikan kepada kami di info@alpha.org.my. (Muat turun kaji selidik)

3. Lengkapkan kaji selidik melalui telefon dengan salah seorang kakitangan kami yang akan membantu anda menghantarnya bagi pihak anda.

 

Soalan-soalan ini harus dilengkapkan oleh orang utama yang bertanggungjawab menjalankan Alpha dan Kursus Perkahwinan (Relationship Central). Jika orang tersebut tiada, kami minta supaya kaji selidik ini dilengkapkan oleh seseorang yang berpengetahuan mengenai kursus-kursus kamu. Sila maklumkan kepada ketua-ketua Alpha atau pentadbir anda tentang kaji selidik ini dan menghantar pautan kaji selidik kepada mereka.

 

Kami memberi jaminan pada kamu bahawa semua maklumat yang diperolehi adalah untuk kegunaan dalaman sahaja dan data-data ini adalah sulit. Data-data ini tidak akan sekali dijual atau dikongsi dengan mana-mana pihak untuk sebarang sebab.

 

Tempoh kaji selidik

Projek ini akan dijalankan dari bulan November hingga Disember. Sila hantarkan kaji selidik yang dilengkapkan sebelum 23 Disember 2015 dan pautan kaji selidik dapat diakses sehingga tarikh itu.

 

Terima kasih.

Saya ingin mengambil masa ini untuk mengucapkan terima kasih atas komitmen anda kepada Amanat Agung dan sokongan untuk Alpha pada tahun ini dan kami menghargai penyertaan kamu dalam projek ini.

 

Mulakan Perjalanan

Anda boleh lengkapkan kaji selidik ini melalui salah satu pautan di bawah atau muat turun kaji selidik di sini.

Untuk Bahasa Inggeris: https://www.surveymonkey.com/r/2015AlphaNSEng

Untuk Bahasa Cina: https://www.surveymonkey.com/r/2015AlphaNSChi

Untuk Bahasa Malaysia: https://www.surveymonkey.com/r/2015AlphaNSBM

 

Terima kasih.

Dalam Perkhidmatan-Nya,

Foo Lai Wei

National Director of Alpha Malaysia